..SELAMAT DATANG KE PORTAL PUSAT SUMBER SK BUKIT BESI, BELURAN, SABAH...

Jumaat, 8 November 2013

Laporan Kem Membaca 1 Malaysia

LAPORAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH
SK BUKIT BESI, BELURAN, SABAH
28-30 OKTOBER 2013

1.0       PENDAHULUAN    

Salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid adalah dengan memperkenalkan  Kem Membaca 1 Malaysia dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, melalui program ini juga diharapkan dapat memberi galakkan kepada murid-murid agar menghargai bahan bacaan dan memilih bahan bacaan yang berkualiti untuk kecemerlangan sepanjang hayat. Hal ini selari dengan peranan amalan membaca itu sendiri sebagai akses kepada pemerolehan ilmu yang menjadi prasyarat bagi melonjakkan taraf sosioekonomi dan pembinaan tamadun manusia.

2.0       MATLAMAT

Matlamat utama Kem Membaca 1 Malaysia adalah untuk mencapai sasaran membaca tanpa henti selama 33.5 minit (2010 saat) dan seterusnya diiktiraf penglibatan murid dalam Malaysian Book of Records disamping membina tabiat membaca dalam kalangan pelajar.
             
3.0       OBJEKTIF   

  •  Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.
  • Menggerakkan program/aktiviti galakan membaca.
  • Memupuk minat membaca secara berterusan.
  • Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan.

4.0       RASIONAL        
      
Ledakan dunia siber menuntut anggota masyarakat menguasai maklumat yang banyak bagi memastikan lahirnya masyarakat yang mantap dan berkemampuan melahirkan idea-idea yang bernas, matang, dan luas. Hanya anggota masyarakat yang kaya maklumat mampu membina jati diri yang ampuh dan mampu berhadapan dengan sebarang perubahan yang berlaku dalam lanskap lokal dan juga global.

5.0       TEMPAT DAN TARIKH               
Tempat           : SK Bukit Besi
Tarikh             : 28 – 30 Oktober 2013
Masa              : 7.30 pagi – 12.30 tengah hari

6.0       KUMPULAN SASARAN              
Semua warga SK Bukit Besi

Khamis, 7 November 2013

Pembinaan Blog

Blog ini mula dibina pada 7 Nov 2013 dibawah bimbingan PKG Beluran

Selamat Datang...

Selamat Datang ke Portal Pusat Sumber SK Bukit Besi, Beluran, Sabah.