LAPORAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH
SK BUKIT BESI, BELURAN, SABAH
28-30 OKTOBER 2013
1.0 PENDAHULUAN
Salah satu usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan
murid adalah dengan memperkenalkan Kem
Membaca 1 Malaysia dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu
dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, melalui program ini juga diharapkan
dapat memberi galakkan kepada murid-murid agar menghargai bahan bacaan dan
memilih bahan bacaan yang berkualiti untuk kecemerlangan sepanjang hayat. Hal
ini selari dengan peranan amalan membaca itu sendiri sebagai akses kepada
pemerolehan ilmu yang menjadi prasyarat bagi melonjakkan taraf sosioekonomi dan
pembinaan tamadun manusia.
2.0 MATLAMAT
Matlamat utama Kem Membaca
1 Malaysia adalah untuk mencapai sasaran membaca tanpa henti selama 33.5 minit
(2010 saat) dan seterusnya diiktiraf penglibatan murid dalam Malaysian Book of
Records disamping membina tabiat membaca dalam kalangan pelajar.
3.0 OBJEKTIF
- Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.
- Menggerakkan program/aktiviti galakan membaca.
- Memupuk minat membaca secara berterusan.
- Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan.
4.0 RASIONAL
Ledakan dunia siber
menuntut anggota masyarakat menguasai maklumat yang banyak bagi memastikan
lahirnya masyarakat yang mantap dan berkemampuan melahirkan idea-idea yang
bernas, matang, dan luas. Hanya anggota masyarakat yang kaya maklumat mampu
membina jati diri yang ampuh dan mampu berhadapan dengan sebarang perubahan
yang berlaku dalam lanskap lokal dan juga global.
5.0 TEMPAT DAN TARIKH
Tempat :
SK Bukit Besi
Tarikh :
28 – 30 Oktober 2013
Masa :
7.30 pagi – 12.30 tengah hari
6.0 KUMPULAN SASARAN
Nama
Program : Kem Membaca 1 Malaysia
Tarikh
: 28-30 Oktober 2013
Masa
: Waktu Persekolahan
Tempat : SK Bukit Besi
Tarikh
/ Masa
|
Aktiviti
|
Catatan
|
28 Oktober 2013
(Isnin)
7.30 – 9.00
9.00 – 9.30
9.30 – 10.00
10.30 – 12.30
|
Majlis
Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Sekolah:
·
Ucapan Guru Besar
·
Nyanyian Lagu “Mari Membaca”
Kem
Membaca 1 Malaysia: Membaca Serentak (One
Nation Reading Together)
Mencari
perkataan tersembunyi
Word Search
Tangkas
Eja
Spell it Right
|
Warga SK Bukit Besi
Prasekolah, Tahap 1
& 2
Prasekolah, Tahap 1
& 2
Tahap 1 & 2
|
29
Oktober 2013 (Selasa)
7.30 – 9.00
9.00 – 10.00
10.30 – 12.30
|
Pertandingan
mendeklamasi Sajak
Aktiviti
Big Books
Teka
silang kata
Mewarna
Melukis
poster
|
Tahap 1 & 2
Tahap 2
Prasekolah, Tahap 1
Tahap 2
|
30
Oktober 2013 (Rabu)
7.30 – 10.00
10.30 – 12.30
|
Pertandingan
Bercerita
Story Telling
Majlis
Penutupan dan Penyampaian Hadiah
|
Tahap 1 & 2
Warga SK Bukit Besi
|
8.0
PENILAIAN
8.1 HARI PERTAMA
Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat
Sekolah dijalankan dengan lancar dan baik. Penyediaan tempat juga adalah selesa
dan memuaskan untuk semua murid. Terdapat pelbagai aktiviti dan pertandingan
yang dijalankan pada hari tersebut. Aktiviti utama Kem Membaca 1 Malaysia ini
ialah Membaca Serentak (One Nation
Reading Together) yang dijalankan pada jam 9.00 pagi serentak di seluruh
Malaysia. Selain itu, aktiviti mencari perkataan tersembunyi, word search, tangkas eja dan juga spell it right turut diadakan. Murid
sangat teruja dan bersemangat menyertai aktiviti yang telah disediakan.
Membaca Serentak (One Nation Reading Together)
Word Search
Tangkas Eja
8.2 HARI KEDUA
Hari kedua Kem Membaca 1 Malaysia diteruskan lagi dengan
Pertandingan mendeklamasi sajak bagi Tahap 1 dan Tahap 2. Murid-murid dapat
menyampaikan sajak dengan baik sekali. Selesai pertandingan tersebut, guru
melaksanakan aktiviti Big Book dimana
murid mendengar cerita yang disampaikan oleh guru. Seterusnya murid pula yang
bergilir-gilir menjalankan aktiviti bercerita Big Book. Selepas waktu rehat, murid Tahap 2 disediakan dengan
aktiviti teka silang kata manakala murid prasekolah dan Tahap 1 menjalankan
aktiviti mewarna poster. Oleh kerana aktiviti teka silang kata berakhir dalam
tempoh yang singkat, murid Tahap 2 diminta untuk melukis poster Kem Membaca 1
Malaysia.
Aktiviti Big Book
Teka silang kata
8.3 HARI KETIGA
Hari ketiga Kem Membaca 1 Malaysia diteruskan lagi dengan
Pertandingan Bercerita dan Story Telling
bagi Tahap 1 dan Tahap 2. Pertandingan ini mendapat sambutan hangat sekali
apabila seramai 20 peserta mendaftarkan diri mereka bagi kedua-dua
pertandingan. Pertandingan berlangsung dalam keadaan yang menyeronokkan dengan
pelbagai aksi bercerita murid. Selepas waktu rehat, Majlis Penutupan Kem
Membaca 1 Malaysia diadakan dengan menyampaikan hadiah kepada para pemenang
pertandingan. Majlis berakhir dengan nyanyian lagu “Mari Membaca”.
Bercerita
Penyampaian Hadiah
Secara
keseluruhan, Kem Membaca 1 Malaysia 2013 ini dijalankan dengan lancar dan
mendapat kerjasama daripada semua pihak serta mencapai objektif yang telah
digariskan. Diharap program sebegini
dapat diadakan setiap tahun bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan membentuk
daya pemikiran murid yang lebih kreatif dan berinovasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan