LAPORAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH
SK BUKIT BESI, BELURAN, SABAH
28-30 OKTOBER 2013
1.0 PENDAHULUAN
Salah satu usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan
murid adalah dengan memperkenalkan Kem
Membaca 1 Malaysia dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu
dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, melalui program ini juga diharapkan
dapat memberi galakkan kepada murid-murid agar menghargai bahan bacaan dan
memilih bahan bacaan yang berkualiti untuk kecemerlangan sepanjang hayat. Hal
ini selari dengan peranan amalan membaca itu sendiri sebagai akses kepada
pemerolehan ilmu yang menjadi prasyarat bagi melonjakkan taraf sosioekonomi dan
pembinaan tamadun manusia.
2.0 MATLAMAT
Matlamat utama Kem Membaca
1 Malaysia adalah untuk mencapai sasaran membaca tanpa henti selama 33.5 minit
(2010 saat) dan seterusnya diiktiraf penglibatan murid dalam Malaysian Book of
Records disamping membina tabiat membaca dalam kalangan pelajar.
3.0 OBJEKTIF
- Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.
- Menggerakkan program/aktiviti galakan membaca.
- Memupuk minat membaca secara berterusan.
- Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan.
4.0 RASIONAL
Ledakan dunia siber
menuntut anggota masyarakat menguasai maklumat yang banyak bagi memastikan
lahirnya masyarakat yang mantap dan berkemampuan melahirkan idea-idea yang
bernas, matang, dan luas. Hanya anggota masyarakat yang kaya maklumat mampu
membina jati diri yang ampuh dan mampu berhadapan dengan sebarang perubahan
yang berlaku dalam lanskap lokal dan juga global.
5.0 TEMPAT DAN TARIKH
Tempat :
SK Bukit Besi
Tarikh :
28 – 30 Oktober 2013
Masa :
7.30 pagi – 12.30 tengah hari
6.0 KUMPULAN SASARAN
Semua warga SK Bukit Besi